Search This Blog

Loading...

Friday, November 26, 2010

PENGAJARAN MATEMATIK TAHUN 2 - ISIPADU CECAIR

PENGAJARAN MATEMATIK TAHUN 2
TAJUK : ISIPADU CECAIR
1.0       PENGENALAN
Mengikut pakar-pakar teori pembelajaran seperti Piaget, Bruner, Gagne dan Dienes, keberkesanan sesuatu pengajaran itu bergantung kepada beberapa faktor. Dengan mengambil kira peringkat umur dan perkembangan kogitif kanak-kanak pada usia 7-8 tahun, guru mestilah bijak merancang proses pengajaran dan pembelajaran matematik dengan kaedah  yang lebih berkesan dan menyeronokkan. Mereka pada peringkat ini akan belajar dan mendapat pengalaman langsung hasil dari pengelibatan murid dalam P&P dimana guru melibatkan operasi konkrit untuk memperkukuh konsep dan pemahaman murid dalam matematik. Oleh itu, penggunaan alat bantuan mengajar yang sesuai dan berkesan memainkan peranan penting untuk membantu murid-murid memahami konsep matematik dengan lebih kukuh. Kanak-kanak pada peringkat umur ini akan memperolehi pengalaman sebagai hasil pembelajaran di mana untuk memperolehi hasil pembelajaran atau konsep dengan lebih kukuh mereka perlu melibatkan diri secara langsung dalam aktiviti pembelajaran.
Bruner telah berpendapat bahawa perkembanagan kognitif kanak-kanak akan melalui peringkat-peringkat tertentu. Diantaranya ialah peringkat enaktif , peringkat ikonik dan peringkat simbolik. Pada peringkat simbolik (5-8 tahun), kanak-kanak sudah boleh berfikir dengan menggunakan bahasa dan mempunyai keupayaan untuk menyerap peristiwa atau pengalaman ke dalam struktur mental serta dapat membuat generalisasi. Justeru itu, dengan merancang aktiviti yang sesuai dan menarik, murid akan dapat menguasai kemahiran dengan kukuh. Mereka berpeluang meneroka  dan mengalami sendiri sesuatu perkara untuk memperoleh konsep melalui operasi yang konkrik selain memperolehi pengalaman pembelajaran yang aktif dan menyeronokkan.
Pembelajaran terbina hasil percantuman maklumat dengan pengetahuan sedia ada. Murid akan berinteraksi dengan objek dan perkara-perkara dalam pembelajaran akan memahami apa yang dipelajari dan membina sendiri konsep dan penyelesaian terhadap masalah yang dihadapi. Dalam pendidikan matematik, kanak-kanak biasanya akan diajar dengan menggunakan benda-benda konkrit supaya mereka memperolehi pengalaman yang akan digunakan untuk dikaitkan dengan pembelajaran matematik yang dipelajari akan datang. Pengajaran yang efektif dalam matematik banyak melibatkan penggunaan BBM dalam membantu mempermudah dan memperkukuhkan konsep yang di ajar.BBM yang digunakan pada peringkat umur 6-8 tahun lebih kepada bahan maujud dan konkrik yang boleh dilihat, sentuh dan diterokai murid melalui perasaan inkuiri mereka.
video

Dalam tahun 2, tajuk cecair sudah mula diajar kepada murid-murid sebagai pendedahan awal mereka untuk topik selanjutnya yang lebih kompleks. Walaupun tajuk cecair pada tahun 2 ini diajar hanya sebagai pengenalan awal ukuran cecair, ramai murid tidak dapat menguasai skop yang diajar kerana murid pada tahap ini mudah keliru dan mendapat konsep yang salah tentang pengukuran cecair. Ini berlaku kerana murid pada tahap umur ini memperolehi konsep awal berdasarkan pengalaman pembelajaran yang konkrit. Sekiranya perancangan guru dalam memilih aktiviti atau bahan bantu belajar tidak bertepatan dengan konsep asas atau persepsi awal murid dalam sesuatu perkara. Dalam P&P, murid mendapat konsep asas yang kukuh melalui pengalaman pembelajaran aktif yang mereka lalui termasuklah apa yang mereka buat dan alami, apa yang mereka rasa, dengar, sentuh dan sebagainya. Dengan kata lain, murid pada peringkat umur 7-8 tahun akan memperolehi konsep atau hasil pembelajaran melalui penerokaan mereka menggunakan kesemua panca indera yang juga dikenali sebagai proses pembelajaran. Oleh itu, penggunaan bahan maujud (3 dimensi) atau konkrit adalah sangat dititikberatkan dalam menyampaikan konsep awal tajuk ini. Pengelibatan murid juga adalah digalakkan untuk meneroka dan memperolehi konsep tentang sesuatu perkara. Video tersebut menunjukkan bagaimana murid membuat persepsi tentang sesuatu konsep.
Jika kita perhatikan, tajuk ukuran cecair pada tahun dua hanya melibatkan konsep asas cecair yang terdiri dari beberapa kemahiran seperti pengenalan kepada cecair serta mengukur dan membanding cecair dengan menggunakan unit tidak standard dan unit standard. Dalam pengenalan kepada cecair, murid hanya belajar tentang bekas isian air, perbendaharaan kata berkaitan cecair dimana semua ini hanya berkaitan dengan pengalaman seharian murid tentang cecair. Kemahiran mengukur dan membanding dalam unit cecair pula banyak memerlukan murid dalam membuat perbandingan 2 isipadu cecair dan mengukur cecair dalam unit tidak rasmi contohnya menggunakan gelas, jag, bekas air dan sebagainya manakala kemahiran mengukur dalam unit standard melibatkan unit liter sehingga 5 liter menggunakan alat ukuran yang standard. Salah faham konsep sering berlaku oleh murid dalam topik cecair seperti murid tidak dapat membezakan isipadu cecair jika dua bekas isian tersebut tidak sekata, berlainan bentuk, saiz dan sebagainya. Murid hanya akan menyatakan isipadu cecair yang banyak apabila bekas tersebut mempunyai paras air yang paling tinggi. Mereka tidak dapat membuat perbandingan secara abstrak kerana mereka akan belajar berdasarkan apa yang mereka lihat di depan mata dan membuat keputusan mengikut logik mereka sendiri. Walaubagaimanapun kita boleh membantu mereka untuk melihat sesuatu yang abstrak kepada operasi konkrit dengan merancang aktiviti pembelajaran yang paling berkesan mengikut kemampuan  dan kebolehan mereka. Dengan penggunaan bahan belajar belajar yang menarik dan bertepatan dengan aktiviti, kita boleh merangsang murid untuk melibatkan diri dengan aktif dalam P&P dan seterusnya dapat membantu  murid untuk menguasai konsep asas dalam ini topik cecair secara berkesan.  

2.0       AKTIVITI PEMBELAJARAN BAGI MURID LEMAH
Objektif
Murid dapat membanding isipadu cecair melibatkan ukuran tidak standard.
Bahan Bantu Belajar
Jag, gelas, cawan plastik, air minuman, video, tayangan slaid/ power point, perisian ICT.
Langkah:
1.      Bersoal jawab tentang sarapan pagi.
1.      Siapakah diantara kamu yang bersarapan sebelum datang ke sekolah?
Jangkaan jawapan: murid yang mengambil sarapan mengangkat tangan
2.      Apakah makanan yang kamu makan semasa bersarapan pagi?
Jangkaan jawapan: roti, mee goreng, nasi goreng dan sebagainya.
3.      Apakah minuman yang kamu ambil semasa bersarapan pagi tadi?
Jangkaan jawapan: air susu, air milo, air kopi dan sebagainya.
4.      Apakah yang alat yang digunakan untuk mengisi minuman kamu tadi?
Jangkaan jawapan: gelas dan cawan.
5.      Berapa banyakkah kamu minum semasa sarapan pagi tadi, setengah atau satu gelas penuh?
Jangkaan jawapan: setengah cawan, lagi sedikit hendak penuh dan sebaginya.
video
2.                                          Melihat sedutan video tentang membanding isipadu.
3.      Guru dan murid bersoal jawab tentang video yang telah ditonton.
4.      Guru menerangkan maksud/ istilah ‘kosong’, separuh penuh dan ‘penuh’ dengan menggunakan bekas dan air minuman berwarna.
5.      Guru membahagikan murid kepada beberapa kumpulan (3-4 orang) dan menyuruh mereka melakukan aktiviti dengan bimbingan guru.
6.      Setiap kumpulan disediakan satu jag air sirap dan 3 gelas kosong yang telah ditanda masing-masing dilabel A, B dan C.
7.      Murid diarahkan untuk mengisi air sehingga ke paras yang ditanda ke dalam dua gelas tersebut.
8.      Murid cuba membuat perbandingan ketiga-tiga gelas.
9.      guru bertanya murid tentang gelas A dan  B dan menerangkan istilah ‘penuh’ dan ‘kosong’.
10.  Guru meminta setiap kumpulan untuk menjelaskan jumlah air dalam setiap gelas yang diisi. Murid akan menyatakan dapatan hasil aktiviti. 
11.  Guru menerangkan dan menegaskan maksud/ istilah ‘kosong’ dan ‘separuh penuh’ dan ‘penuh’ berdasarkan gelas yang diisi.
12.  Guru membimbing murid untuk melakukan aktiviti tersebut dengan menggunakan pelbagai bentuk bekas isian yang lain.
13.  Guru menayangkan dan bersoal jawab tentang slaid.

14.  Guru memanggil beberapa orang murid ke hadapan untuk melakukan aktiviti seperti mengisi cecair ke dalam bekas menggunakan perisian ICT.
15.  Guru membimbing murid untuk melakukan aktiviti tersebut dengan menggunakan pelbagai bentuk yang lain.
16.  Guru memberi gelas kepada semua murid dan menyuruh murid untuk mengisi air minuman air dengan penuh ke dalam gelas masing-masing dan menyuruh murid untuk menjadikan gelas mereka kosong dengan meminumnya.
17.  Aktiviti permainan kecil.
prosedur:
1.      guru menerangkan aksi yang perlu dilakukan untuk mewakili penuh iaitu kedua-dua tangan diangkat ke paras kepala dan kosong dengan membuka tangan ke sisi badan.
2.      Guru akan menyebut samada penuh atau kosong dan murid akan melakukan aksi penuh dan kosong dengan cepat samada mengangkat tangan ke paras kepala sebagai isyarat penuh atau membuka kedua tangan sebagai isyarat kosong.
18.  Guru menayangkan slaid tentang perbandingan isipadu cecair.
19.  Bersoal jawab tentang slaid.
20.  Guru memanggil beberapa orang murid ke hadapan untuk melakukan aktiviti seperti mengisi cecair ke dalam bekas menggunakan perisian ICT.
21.  Pengayaan - Aktiviti mewarna. Murid mewarnakan bekas mengikut arahan yang telah ditetapkan.
22.  Aktiviti pengukuhan.

3.0       AKTIVITI BAGI MURID CEMERLANG
Objektif
Murid dapat membanding isipadu cecair melibatkan ukuran tidak standard.
Bahan Bantu Belajar
Baldi, Jag, gelas, botol, cawan plastik, air minuman, video, tayangan slaid/ power point, perisian ICT.
Langkah:
1.      Set induksi – Guru menunjukkan 2 sampul surat yang baru diterima dan memilih 2 orang  murid  untuk membuka dan membacanya kepada semua murid lain.
2.      Sampul surat pertama mengandungi satu masalah yang perlu murid selesaikan secara kumpulan.
Anda dikehendaki untuk mencari isipadu cecair bagi beberapa bekas isian tersebut dan susunkan isipadu mengikut turutan menaik. Sila lengkapkan pemerhatian anda pada jadual yang disediakan.  
3.      Sampul surat kedua mengandungi arahan bagaimana aktiviti tersebut dilaksanakan melalui aktiviti kumpulan. Contonya seperti di bawah.

Sila ikuti arahan di bawah.
a.      Lantik seorang ketua dan pencatat.
b.      Anda dikehendaki untuk menyukat isipadu dalam setiap bekas menggunakan gelas yang diberikan.
c.       Catatkan jumlah gelas dalam jadual.
d.      Jawab soalan yang diberikan.

4.      Guru membahagikan murid kepada beberapa kumpulan kecil yang terdiri dari 4-5 orang.
5.      Sebelum aktiviti bermula, guru mengedar sekeping kertas yang mengandungi soalan seperti di bawah.
a.       Bekas yang mengandungi isipadu cecair yang paling banyak ialah___________.
b.      Bekas yang mengandungi isipadu yang paling sedikit ialah ________________.
c.       Bekas yang mengandungi isipadu yang lebih kurang sama ialah_____________.
6.      Murid dikehendaki mengukur dengan menggunakan gelas dan mencatat isipadu setiap bekas dalam jadual yang telah disediakan.
7.      Setiap kumpulan akan membentangkan hasil eksperimen/ dapatan yang telah diperolehi.
8.      Murid lain dibenarkan untuk memberi komen tentang dapatan kumpulan lain untuk menggalakkan aktiviti perbincangan.
9.      Guru dan murid bersoal jawab tentang perbezaan isipadu cecair dalam setiap bekas.
10.  Murid secara perbincangan berkumpulan menjawab soalan yang diberikan guru. Contoh soalan adalah seperti di bawah.
a.       Bekas _____ mempunyai isipadu cecair yang paling banyak.
b.      Bekas _____ mempunyai isipadu cecair yang paling sedikit.
c.       Bekas yang mempunyai isipadu yang sama ialah bekas _______, _______, _______.
d.      Isipadu cecair dalam baldi ialah bersamaan dengan isipadu ______ biji gelas.
e.       Isipadu cecair dalam botol minuman adalah bersamaan dengan isipadu _____ biji gelas.
11.  Guru bimbing murid untuk membuat rumusan. Melihat sedutan video tentang membanding isipadu.
video video


http://www.youtube.com/watch?v=qYtNhNP69lk&feature=related

12.  Guru dan murid bersoal jawab tentang video yang telah ditonton.
13.  Guru membimbing murid untuk melakukan aktiviti tersebut dengan menggunakan pelbagai bentuk bekas isian yang lain.
14.  Aktiviti pengukuhan.

4.0       RUJUKAN
References Hatfield, M. H., Edwards, N. T., & Bitter, G. G. (1993). Mathematics Methods for                    
the Elementary and Middle School. Allyn & Bacon, MA.: Needham Heights. Kennedy, L. M., &

Tipps, S. (2000). Guiding Children’s Learning of Mathematics. US.: Allyn & Wadsworth.
Rucker, W. E., & Dilley, C. A. (1981). Heath Mathematics. US.: D. C. Heath and Company.

ReferancesHatfield, M. H., Edwards, N. T., & Bitter, G. G. (1993). Mathematics Methods for the  
Elementary and Middle School. Allyn & Bacon, MA.: Needham Heights. Kennedy, L. M., &

Tipps, S. (2000). Guiding Children’s Learning of Mathematics. US.: Allyn & Wadsworth.
Rucker, W. E., & Dilley, C. A. (1981). Heath Mathematics. US.: D. C. Heath and Company.





http://www.ewsis.org/node/530

No comments:

Post a Comment